Ahli kumpulan SUPER JUNIOR, Siwon kini mengembangkan kerjaya bidang lakonannya menerusi penampilan dalam drama baru KBS 2tv, Poseidon. Sebagai Kim Seonwoo, Siwon memainkan peranan sebagai ahli pasukan khas marin dalam drama itu yg pertama kali disiarkan pada 19 September lalu.
Ketika dalam tugasan menyiasat sebuah pertubuhan, Kim Seowoo kehilangan seorang rakan setugas mengakibatkan dia ditukarkan ke Gunsan. Namun demikian, dia tetap meneruskan penyiasatannya dalam usaha mendapatkan lebih banyak bukti mengenai kegiatan pertubuhan itu .
Siwon mula diiktiraf sebagai seorang pelakon menerusi drama SBS bertajuk Athena --> Goddess of war. Berbanding lakonan aksi dalam athena, Poseidon lebih memenatkan Siwon. Perasaan sedih perlu ditonjolkan kerana kehilangan teman sekerja dan kekasih. Pada masa sama, siwon terpaksa berdepan dgn harapan tinggi yg dikenakan terhadapnya untuk melakonkan adegan lucu.
Dalam sidang akhbar sempena penyiaran episod pertama Poseidon, Siwon berkata ; Poseidon merubah kejaya lakonan saya .
Malah kerana poseidon juga, Siwon dikatakan telah dinaikkan pangkat drpd "pelakon junior" kepada Senior ..


No comments:
Post a Comment